Jangan malas untuk memulakan langkah, nanti kejayaan pula yang akan malas untuk menjadi temanmu. Niatkan segalanya kerana Allah. Dan sesungguhnya Allah melihat kepada usaha, bukannya pada keputusan ataupun natijah.
PLEASE BEAR IN MIND THAT THESE REVIEWS ARE ONLY MY POINT OF VIEW. IT HAS NOTHING TO DO WITH ANYTHING OR ANY MEANS OF OFFENDING ANYBODY. :)

Sunday, April 18, 2010

Tragedi Cinta Taj Mahal

Bismillahirrahman nir rahim..

Alhamdulillah.. syukur kepada Tuhan seru sekalian alam. Sekian lama menyepi sedangkan hati dan jari-jemari meronta-ronta ingin menaip entri dalam blog ini. Namun apakan daya, masa tidak menunggu sesiapa mahupun apa-apa sekalipun, kesuntukan masa untuk diluangkan kepada blog ini membuntukan hasrat untuk mengemaskini blog ini.

Baiklah, untuk kali ini.. saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang novel Islamik yang baru saja saya habiskan. Bukunya tidak tebal, cukup untuk saya luangkan setengah hari untuk menghabiskannya.

Novel bertajuk “Tragedi cinta Taj Mahal” ini adalah hasil nukilan Aneesah Aleeyah dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn.Bhd. Semasa berada di kedai buku Pustaka Aslam kelmarin, saya mencari-cari novel Islamik kerana sudah sekian lama saya tidak membaca novel. Sambil-sambil membelek, aku membaca sedikit sinopsis yang diberikan di kulit belakang novel-novel tersebut. Aku tertarik dengan sinopsis novel Tragedi Cinta Taj Mahal ini. Ternyata, memang berbaloi~! J

Novel ini mengisahkan tentang Natasha, seorang gadis solehah yang akan ke New Zealand bersama kembarnya, Aleesha untuk melanjutkan pelajaran mereka di sana. Kedua-duanya mengambil bidang yang berlainan. Di sana, Natasha berkenalan dengan Johnathan. Pada mulanya mereka menjadi rapat kerana sekuliah yang mana Johnathan membantu Natasha untuk melengkapkan notanya kerana kesukaran Natasha untuk memahami dan menangkap kata-kata pensyarah kuliah mereka. Al-maklumlah, di New Zealand dan Australia, slanga bahasa Inggerisnya memang agak sukar untuk difahami. Natasha tidaklah rapat dengan Johnathan seperti bergaulnya remaja perempuan dan lelaki yang lainnya, ini kerana Natasha sedaya upaya menjadi ikhtilat antara perempuan dan lelaki ajnabi. Bila Johnathan mula menunjukkan minatnya untuk mencari kebenaran dalam agama, Natasha mengambil kesempatan yang ada untuk mendekatkan Johnathan dengan Islam. Namun, selepas satu sesi belajar di sana, Natasha dikhabarkan oleh umminya yang dia akan dijodohkan dengan anak kepada sahabat ayahnya, Bahar. Apa kisah yang seterusnya? Bacalah novel ini. Hehe.

Aku sangat sukakan watak Natasha yang menunjukkan sebaik-baik wanita solehah. Dia selalu menimbang baik buruk sesuatu perkara itu berlandaskan syariat Islam. Apa saja yang dilakukan atau yang ingin dilakukan, dia menyerah kepada Allah. Cintanya pada Allah begitu tinggi. Dia juga menunjukkan contoh isteri solehah yang taat kepada suaminya. Suaminya, Bahar pula adalah watak yang boleh dijadikan contoh sebaik-baik suami yang benar-benar menitikberatkan soal ibadah dalam diri dan isterinya.

Dalam novel ini juga mengisahkan betapa indahnya alam perkhawinan kepada pasangan yang dijodohkan atas dasar takwa, bukannya cintan-cintun semata-mata. So sweet.. Itulah dia cinta selepas pernikahan yang diberkati Allah kerana kedua perempuan mahupun lelaki berkhawin kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata bukan kerana sudah lama bercinta, ber-couple atau ber-dating.

Kasih sayang dan penyerahan seorang hamba kepada Penciptanya juga banyak ditonjolkan melalui watak Natasha. Dalam apa jua ujian yang diberikan kepadanya, dia sedaya upaya bersabar dan bermunajat kepada Allah. Namun dia juga insan biasa, tidak sempurna, watak Natasha ini tidak juga terlepas dari berprasangka bila berlaku sesuatu yang mencurigakan. Namun semua itu ditangkis dengan kemaafan dan istighfar.

Memetik daripada novel ini..

“Begitulah Tuhan, kalau Dia mengasihi seseorang hambaNya, Dia akan mengujinya dengan berat. Lagi berat iman seseorang, lagi beratlah ujian yang Tuhan timpakan atasnya. Kasih sayang Tuhan tidak dizahirkan dengan pujian dan nikmat semata, tetapi dengan tekanan, penderitaan, penghinaan dan lain-lain bentuk kesusahan. Dengan kesusahan, hambaNya itu akan lebih merintih dan berdoa kepada Tuhan. Dia akan lebih banyak berkasih-kasih dengan Tuhan berbanding manusia.”

Secara keseluruhannya aku sukakan novel ini. Kalau kena bagi rating, aku akan bagi 5/5 punya rate. Hehe. Selamat membaca!

wallahu ahlam.

No comments:

Post a Comment